Penderma Darah AB Positif, di Manakah Anda?

Setakat 22 September 2025, bekalan darah di Negeri Sembilan semakin menyusut.

Luluh hati kami apabila kempen derma darah pada hujung minggu lalu tidak mencapai sasaran. Jika keadaan ini berterusan, kami khuatir stok darah tidak mampu menampung keperluan pesakit.

Kepada penderma darah AB Positif, janganlah merajuk lama-lama. Sebelum ini kami minta anda menangguhkan pendermaan bagi mengelakkan pembaziran kerana bekalan darah AB Positif berada di tahap yang amat baik.

Namun kini, SEMUA kumpulan darah termasuk AB Positif semakin berkurangan. Cuti sekolah pun sudah berakhir, maka inilah masanya untuk anda kembali menyumbang.
 
Sahutlah seruan kami.

Dermalah darah sepanjang minggu ini.

#JomDermaDarah

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat