π HARI HOSPIS DAN RAWATAN PALIATIF SEDUNIA 2025 π
Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama hadir memeriahkan program Sambutan Hari Hospis & Rawatan Paliatif Sedunia 2025 yang telah berlangsung di Aeon Mall Seremban 2 pada 27 September 2025.
Program ini telah berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya rawatan paliatif & perkhidmatan hospis, di samping memberi ruang untuk kita bersama-sama menyokong pesakit dan keluarga yang memerlukan keselesaan, maruah serta penjagaan penuh belas kasihan.
Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalan antaranya:
β
Pameran pendidikan tentang rawatan paliatif & perkhidmatan HOSPICE di Negeri Sembilan
β
Advance Care Planning.
β
Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak.
β
Stamp Rally yang penuh meriah dengan hadiah menarik
Terima kasih kepada semua pengunjung, peserta, sukarelawan, serta rakan kerjasama strategik yang telah menjayakan program ini.
Semoga mesej kasih sayang, kebaikan dan kefahaman yang dibawa terus tersebar dalam komuniti kita. π
#WorldHospiceAndPalliativeCareDay #PalliativeCare #SerembanCares #HospitalTuankuJaafarSeremban




