USAHA SAMA HTJS & CANCER RESEARCH MALAYSIA (CRMY) DIMETERAI SEMULA
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) sekali lagi memperkukuh kerjasama strategik bersama Cancer Research Malaysia (CRMY) melalui Majlis Menandatangani Pembaharuan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Program Navigasi Pesakit yang telah diadakan pada 24 Disember 2025.
Majlis ini telah dihadiri oleh YBrs. Dr. Zuraida Binti Mohamed, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan; YBhg. Dato’ Dr. Zaleha binti Md Noor, Pengarah HTJS; YBrs. Dr. Nor Azizah Binti Abdul Samat, Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan); YBrs. Dr. Zuhaida binti Che Embi, Timbalan Pengarah Perubatan II HTJS serta YBrs. Dr. Mazwela binti Mohamad.
Pembaharuan MoU ini melambangkan komitmen berterusan HTJS dan CRMY dalam memastikan pesakit kanser payu dara menerima sokongan, bimbingan dan rawatan yang lebih menyeluruh serta berfokuskan kesejahteraan pesakit, khususnya di Negeri Sembilan.
Semoga jalinan kerjasama ini terus memberi manfaat dan impak positif kepada komuniti.
#HTJS #CRMY #Ke




