SAMBUTAN HARI RADIOLOGI SEDUNIA DAN MAJLIS PERASMIAN MESIN CT SCAN KEDUA HTJS
Pada 14 November 2025 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Radiologi Sedunia dan Perasmian Mesin CT Scan Ke-2 di HTJS. Majlis gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Hajah Tengku Zamrah binti Tengku Sulaiman, EXCO Kesihatan Negeri Sembilan.
Sambutan Hari Radiologi Sedunia atau International Day of Radiology (IDOR) diadakan bagi mengiktiraf jasa besar seluruh warga Jabatan Radiologi HTJS yang sentiasa berdedikasi dan cekap sebagai tulang belakang diagnosis rawatan pesakit.
Dalam usaha berterusan kerajaan untuk menambah baik fasiliti kesihatan, HTJS kini dikurniakan Mesin CT Scan Kedua. Kewujudan mesin ini amat penting kerana ia akan mempercepatkan diagnosis bagi kes-kes kritikal seperti trauma, strok, dan penyakit akut, sekali gus mengurangkan masa menunggu pesakit untuk pemeriksaan.
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan projek besar ini. Ia melambangkan komitmen kita semua dalam meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan khusus buat rakyat Negeri Sembilan!
#HTJS #Radiologi #CTScan2 #KesihatanNegeriSembilan #SihatMadani




