Program CSR SPNB Negeri Sembilan di Wad Pediatrik HTJS
Pada 28 Ogos 2025, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Negeri Sembilan telah melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bertempat di Wad Pediatrik, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
Program ini bertujuan menceriakan suasana dan menyuntik semangat kepada pesakit kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti pertandingan mewarna, sesi bercerita, kuiz interaktif dan sesi bergambar.
Inisiatif ini bukan sahaja membawa kegembiraan kepada anak-anak di wad, malah turut memupuk nilai kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga kerja SPNB.
Turut hadir memeriahkan program ialah Pengarah SPNB Negeri Sembilan, Tuan Mohd Faizal Burhorolddin dan Ketua Jabatan Pediatrik HTJS, Dr. Pauline Choo Poh Ling.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
#HospitalTuankuJaafar
#KualitiKepakaranDiyakini
#MADANIBekerja




