KEM PEMBEDAHAN KATARAK JABATAN OFTALMOLOGI 2026
Kem Pembedahan Katarak merupakan satu program anjuran Jabatan Oftalmologi HTJS. Program yang dijalankan ini memberi manfaat besar kepada ramai pesakit yang menghadapi masalah penglihatan akibat katarak.
YBhg. Dato' Dr. Zaleha bt Md Noor, Pengarah Hospital Tuanku Ja'afar Seremban bersama-sama Dr. Zuhaida bt Che Embi, Timbalan Pengarah Perubatan I telah berbesar hati hadir ke Perasmian Kem Pembedahan Katarak peringkat HTJS. Kem Pembedahan Katarak ini telah diadakan selama 2 hari bermula 7 Februari 2026 dan berakhir 8 Februari 2026 yang menyasarkan 60 pesakit katarak pada kali ini.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Yang Berusaha Dr. Noram bt Mat Saat, Ketua Jabatan Oftalmologi serta kakitangan Jabatan Oftalmologi diatas penganjuran Karnival Pembedahan Katarak pada tahun ini.




