Majlis Ikrar Bebas Rasuah

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH HTJS 2026. INTERGRITI DIPERKASA, AMANAH DIJAGA

​Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat Hospital Tuanku Ja’afar Seremban telah diadakan pada 4 Februari 2026 (Rabu) yang lalu di Auditorium Gemilang. Yanh Berbahagia Dato Dr. Zaleha bt Md Noor, Pengarah Hospital dan Yang Berusaha Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan juga turut hadir bersama-sama ke Majlis IBR ini.

Yang Berusaha Dr Mohd Ferous bin Alias, Timbalan Pengarah Perubatan III telah memimpin lafaz ikrar bebas rasuah di hadapan Pengarah SPRM Negeri Sembilan. Ikrar bebas rasuah ini dilafaz bertujuan untuk memastikan kakitangan hospital akan kekal telus dan bebas daripada sebarang unsur rasuah.

Majlis turut diadakan sesi perkongsian ilmu melalui Ceramah Bebas Rasuah oleh pihak SPRM Negeri Sembilan.

​Terima kasih kepada semua yang hadir memberikan komitmen padu.

​#IBRHTJ #BebasRasuah #SPRM #HTJS

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat