KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA TENGKU AMPUAN PAHANG BERKENAN MENZIARAH IBU TAFF SELEPAS BERSALIN DI HTJS
Hospital Tuanku Ja’afar (HTJS) berbesar hati menerima keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang berkenan menziarahi seorang ibu selepas selamat melahirkan bayi lelaki di HTJS, hasil rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang ditaja Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF), sekali gus mencerminkan keprihatinan Baginda terhadap usaha membantu pasangan yang berdepan masalah kesuburan serta memberi semangat kepada ibu, keluarga dan warga hospital.
#htjs




