Bengkel PSOSA HTJS

BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK ORGANISASI SEKTOR AWAM (PSOSA) HOSPITAL TUANKU JA’AFAR, SEREMBAN

Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) melalui Unit Sumber Manusia & Latihan telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Pelan Strategik Organisasi HTJS pada 26 Januari 2026 bertempat di Dewan 3 Nenek, HTJS. Bengkel ini menjadi platform bagi semua jabatan dan unit untuk mendapat pendedahan merangka pelan strategik serta tindakan bagi lima tahun akan datang, selain memperkukuh kerjasama dengan hospital kluster demi kelangsungan perkhidmatan kesihatan yang lebih berkesan dan menyeluruh.

Penglibatan pengurusan tertinggi bersama Ketua Jabatan dan Ketua Unit memperlihatkan komitmen warga HTJS dalam mencapai visi dan misi hospital. Pihak HTJS turut merakamkan penghargaan kepada Puan Norhanizatuazwin Samsuni daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri atas kesudian hadir sebagai penceramah dan berkongsi ilmu dalam bengkel ini.

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat