LEMBARAN BAHARU KLINIK WARGA
Tanggal 23 Januari 2026 melakar satu lagi detik bersejarah buat warga Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. Dengan penuh takzim, Klinik ICare kini mengorak langkah transformasi dan secara rasminya dikenali sebagai KLINIK WARGA.
Majlis yang penuh gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Zaleha binti Md Noor, Pengarah HTJS.
Penjenamaan semula ini bukan sekadar pertukaran nama, malah ia simbolik kepada komitmen jitu kami dalam memartabatkan kesejahteraan warga kerja HTJS. Dengan wajah baharu dan semangat yang lebih kental, kami bertekad untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih efisien, mesra, dan bertaraf cemerlang.
Semoga Klinik Warga terus menjadi tempat naungan yang membawa manfaat dan keselesaan buat semua.




