Majlis Amanat Tahun Baharu 2026

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2026 HOSPITAL TUANKU JA’AFAR SEREMBAN

Pada 23 Januari 2026 (Jumaat), Auditorium Gemilang HTJS telah dipenuhi oleh para tetamu dan warga kerja yang berhimpun bagi mengikuti Majlis Amanat Tahun Baharu 2026. Suasana majlis diserikan dengan amanat penuh inspirasi yang disampaikan oleh Pengarah HTJS, YBhg. Dato’ Dr. Zaleha binti Md Noor, yang membawa tema "Future: Licence to Dream". Melalui tema ini, beliau mengajak seluruh warga hospital untuk berani menggapai visi masa hadapan yang lebih cemerlang, selaras dengan teras utama untuk memodenkan sistem kesihatan serta melonjakkan mutu perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat.

Dalam ucapan tersebut, tumpuan strategik diberikan kepada pemerkasaan transformasi digital menerusi penggunaan data bersepadu dan pengurusan tanpa kertas bagi meningkatkan kecekapan operasi harian selaras dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hospital turut menitikberatkan kemajuan pembangunan fizikal, terutamanya projek naik taraf kemudahan di Bangunan Utama bagi memastikan kelestarian dan keselamatan fasiliti berada pada tahap terbaik. Berbekalkan rekod pencapaian membanggakan dalam aspek kualiti dan kelestarian sepanjang tahun 2025, HTJS kini beriltizam untuk terus melakar kecemerlangan sebagai institusi kesihatan rujukan yang mampan, berintegriti, dan sentiasa diyakini oleh masyarakat.

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat