MAJLIS SUMBANGAN BUBUR LAMBUK DARIPADA AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL TUANKU JA’AFAR SEREMBAN
Pada 27 Februari 2026 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Sumbangan Bubur Lambuk bertempat di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS). Program murni ini merupakan anjuran Ahli Lembaga Pelawat (ALP) HTJS dengan kerjasama pihak pengurusan hospital.
Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato' Hajah Tengku Zamrah binti Tengku Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO, yang sudi meluangkan masa menyantuni kakitangan dan waris-waris pesakit yang berada di Jabatan Kecemasan dan Trauma.
Turut hadir bersama adalah Yang Berusaha Dr. Mohd Ferous bin Alias, Timbalan Pengarah Perubatan III mewakili Pengarah Hospital, Puan Salwany binti Abu Hasan selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital serta barisan ahli-ahli jawatankuasa ALP HTJS yang turut mengedarkan juadah bubur lambuk ini.
Semoga usaha kecil ini membawa keberkatan dan keceriaan kepada semua penerima.




