Puspanita Sumbang Bubur Lambuk

HTJS TERIMA SUMBANGAN BUBUR LAMBUK DARIPADA PUSPANITA NEGERI SEMBILAN

Pengarah Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, Yang Berbahagia Dato' Dr. Zaleha berkesempatan menyantuni rombongan daripada PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan yang diketuai Yang Berbahagia Datin Hajah Nor Azian binti Dato’ Hj. Mohd Nordin, Ketua Biro Kebajikan PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan bagi menjayakan program sumbangan Bubur lambuk kepada petugas kesihatan.

Program yang dianjurkan oleh PUSPANITA Negeri Sembilan ini bukan sahaja menjadi wadah menyantuni para petugas kesihatan dan mengeratkan silaturahim, malah turut membawa keberkatan sempena bulan Ramadan yang penuh kemuliaan.

Foto Ihsan : PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat