Hebahan: Advance Care Planning (ACP) Workshop 2026

HEBAHAN: ADVANCE CARE PLANNING (ACP) WORKSHOP 2026

Unit Penjagaan Paliatif, Jabatan Perubatan Dalaman, Hospital Tuanku Ja'afar Seremban akan menganjurkan Advance Care Planning (ACP) Workshop pada 26 Ogos 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Tiga Nenek, Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Program ini disasarkan kepada pegawai perubatan dan pakar yang terlibat dalam penjagaan pesakit dengan penyakit serius. Bengkel ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan Advance Care Planning (ACP), termasuk komunikasi berkesan, dokumentasi serta strategi pelaksanaan ACP dalam amalan klinikal.

Warga HTJS yang memenuhi sasaran peserta adalah dialu-alukan untuk menyertai program ini. Penyertaan adalah terhad kepada 50 peserta sahaja dan tertakluk kepada kekosongan.

Maklumat lanjut adalah seperti di poster di bawah.

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat