Hebahan: Advance Care Planning (ACP) Workshop 2026

HEBAHAN: ADVANCE CARE PLANNING (ACP) WORKSHOP 2026

Unit Penjagaan Paliatif, Jabatan Perubatan Dalaman, Hospital Tuanku Ja'afar Seremban akan menganjurkan Advance Care Planning (ACP) Workshop pada 26 Ogos 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Tiga Nenek, Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Program ini disasarkan kepada pegawai perubatan dan pakar yang terlibat dalam penjagaan pesakit dengan penyakit serius. Bengkel ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan Advance Care Planning (ACP), termasuk komunikasi berkesan, dokumentasi serta strategi pelaksanaan ACP dalam amalan klinikal.

Warga HTJS yang memenuhi sasaran peserta adalah dialu-alukan untuk menyertai program ini. Penyertaan adalah terhad kepada 50 peserta sahaja dan tertakluk kepada kekosongan.

Maklumat lanjut adalah seperti di poster di bawah.

Pengambilan Personal MySTEP Unit Kejuruteraan

IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MySTEP TAHUN 2026

Unit Kejuruteraan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan Personel Short-Term Employment Program (MySTEP) bagi jawatan berikut:

Jawatan: Penolong Jurutera Gred JA5
Bilangan Kekosongan: 1
Penempatan: Unit Kejuruteraan, Hospital Tuanku Ja'afar Seremban
Tempoh Kontrak: 1 September 2026 hingga 31 Disember 2026 (4 bulan)
Gaji: RM2,100.00 sebulan (termasuk caruman KWSP dan PERKESO)

Syarat Kelayakan:

  • Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam, Mekanikal atau Elektrik.\
  • Mempunyai pengetahuan asas dalam sistem kejuruteraan bangunan.
  • Mahir menggunakan AutoCAD, Microsoft Word, Microsoft Excel serta rangkaian internet.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap di sekitar daerah Seremban.

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Julai 2026 (Jumaat), jam 12.30 tengah hari.

Sila rujuk iklan di bawah untuk maklumat lengkap mengenai syarat lantikan, kaedah permohonan dan dokumen yang diperlukan. Hanya calon yang memenuhi syarat serta disenarai pendek akan dipanggil menghadiri sesi temu duga.

MySTEP Unit Farmasi Logistik Diperlukan

Iklan Pengambilan Personel MySTEP Tahun 2026

Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) mempelawa warganegara Malaysia (lelaki) yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan segera sebagai Personel MySTEP di Unit Farmasi Logistik, Jabatan Farmasi.

Ringkasan Tawaran:

  • Kadar Upah: Bermula RM1,900 sebulan.
  • Kelayakan Minimum: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Taraf Jawatan: Kontrak (sehingga 31 Disember 2026).
  • Tarikh Tutup Permohonan: 24 April 2026 (Jumaat).

Calon yang berminat perlu mengemukakan resume terkini beserta dokumen sokongan melalui emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Untuk maklumat lanjut mengenai skop tugas dan syarat pelantikan, sila muat turun iklan penuh melalui pautan di bawah.

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat