Perpindahan Sementara Kafeteria Pak Tam
Dimaklumkan bahawa Kafeteria Pak Tam akan berpindah ke lokasi sementara di Lobi Bangunan Wanita & Kanak-Kanak (WCC) bagi tujuan kerja-kerja berkaitan.
📅 Tempoh perpindahan:
1 April 2026 hingga 5 Mei 2026
🕒 Waktu operasi:
6.00 pagi – 8.00 malam (setiap hari)
Sehubungan itu, semua warga hospital dan pelawat adalah dipohon untuk mendapatkan perkhidmatan kafeteria di lokasi sementara tersebut sepanjang tempoh berkenaan.
Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali dan kerjasama semua pihak amat dihargai.
Sekian, terima kasih.




