EX-PERPATIH CEML3X
Satu Latihan Amal Ex – Perpatih – CEML3X Bil 1/2024 dengan kerjasama pihak CENVIRO Sdn Bhd akan dijalankan pada ketetapan berikut;
Tarikh : 28 September 2024
Hari : Sabtu
Latihan amal ini bertujuan memberi pendedahan kepada seluruh warga kerja hospital ketika berdepan dengan insiden bencana. Kesiapsiagaan ini penting dalam memastikan semua pihak termasuk orang awam cakna tentang kewujudan serta pengurusan krisis sekiranya ia terjadi di HTJS.
Lokasi latihan akan meliputi beberapa kawasan di dalam hospital. Justeru semua pihak diminta untuk memberi kerjasama dalam semua aspek sepanjang latihan amal ini berlangsung seperti yang telah dijadualkan.
Perhatian dan kerjasama anda amat kami hargai.