LATIHAN AMAL PENGURUSAN KRISIS EX-PERPATIH CEML3X 2024 HOSPITAL TUANKU JA'AFAR, SEREMBAN
Latihan krisis/pengurusan bencana atau Latihan Amal Ex-Perpatih CEML3X 2024 telah diadakan pada 28 September 2024 lalu bertempat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) yang melibatkan penglibatan beberapa agensi luar.
Tujuan utama penganjuran sesi pengurusan krisis/bencana di HTJS adalah bagi menguji tahap kesiapsiagaan anggota perubatan di sini dalam menangani isu yang melibatkan krisis yang berskala besar.
Penganjuran kali ini mendapat sokongan dan bantuan daripada beberapa agensi penting termasuklah Jabatan Bomba & Penyelamat Daerah Seremban, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Seremban, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban (PKD) dan Klinik Kesihatan Labu.
Insiden yang dicetuskan dalam situasi latihan kali ini adalah berkaitan kebocoran gas ammonia serta kebakaran di sebuah syarikat pengurusan sisa bahan kimia, Cenviro Sdn. Bhd di Sri Sendayan sekaligus mengakibatkan kecederaan sebilangan besar pekerjanya.
Sebagai pusat perawatan kesihatan utama di Negeri Sembilan, HTJS dilihat menjadi tumpuan dalam proses rujukan pesakit dan melalui situasi inilah semua petugas terlibat diuji tahap kesediaan masing-masing semasa berdepan dengan insiden tidak dijangka seperti ini.
Secara keseluruhannya, kerjasama yang baik antara semua agensi terlibat menjadi asas dalam memastikan rawatan dan pengurusan pesakit dapat berjalan lancar dan berjaya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Kerjasama berpasukan menjadi tonggak kepada kejayaan pengurusan pesakit di sini.