Arkib Berita

Pengambilan MySTEP

Klik sini:

Penutupan Jalan Raya (Sementara)

PENUTUPAN JALAN RAYA (SEMENTARA)

Pelanggan yang dihormati,

Pihak Pengurusan Hospital akan menutup jalan masuk di sepanjang laluan bersebelahan bangunan Pusat Rawatan Harian (ACC) bagi pelaksanaan Latih Amal Ex-Perpatih Bil. 2/2024 bermula pukul 2.30 petang ini.

Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengikut laluan alternatif yang telah disediakan.

Segala kesulitan amat dikesali.

Latih Amal Ex-Perpatih 2/2024

LATIH AMAL PENGURUSAN KRISIS EX- PERPATIH BIL. 2/2024

Satu sesi Latihan Amal Pengurusan Krisis Ex-Perpatih Bil. 2/2024 akan diadakan pada 29 November 2024 (Jumaat) di dalam kawasan Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban (HTJS) bertujuan untuk menguji kesiapsiagaan pihak HTJS dalam menghadapi bencana.

Latihan ini juga bukan hanya melibatkan warga kerja HTJS malah turut mendapat kerjasama beberapa agensi kerajaan yang lain iaitu Jabatan Bomba & Penyelamat Cawangan Seremban 2 dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Seremban 2.

Semua pihak diminta untuk memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses latihan krisis ini dijalankan sekaligus menjadikan objektif latihan tercapai dengan jayanya.

Pihak HTJS tidak akan bertanggungjawab atas sebarang perkongsian gambar dan video berkaitan krisis sehingga menimbulkan spekulasi umum.

Talian Utama Kembali Berfungsi

TALIAN UTAMA HTJS TELAH BERFUNGSI SEPERTI BIASA

Untuk makluman bersama, talian utama Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban (HTJS), 06-7684000 telah berfungsi seperti biasa. Para pelanggan dan kakitangan boleh membuat panggilan masuk ke jabatan/klinik pakar menerusi talian tersebut berkuatkuasa 18 November 2024.

Talian sementara (06-7689226) yang digunakan sebelum ini telah dinyahaktifkan dan urusan berkaitan panggilan keluar dan masuk adalah melalui talian utama sedia ada. 

Namun pihak pengurusan hospital masih lagi membuat pemantauan ke atas sistem terkini bagi memastikan ia terus berfungsi dengan baik sekaligus melancarkan perkhidmatan di sini.

Perhatian dan kerjasama daripada semua pihak amat dihargai.

World Hospice & Palliative Care Day

Palliative Unit HTJS will be celebrating WHPCD 2024 at UCSI Springhill this coming weekend 25-26 th October 2024.

The event will be officiated by Tan Sri Dr Noor Hisham and open to public on26 th October. We have lined up some educational talks by various organisations supporting palliative patients such as Pertubuhan Hospis Negeri Sembilan, Majlis Kanser Nasional, Cancer Research Malaysia, National Cancer Society Malaysia. 

There will be Best Dressed prize for Zumba, Lucky Draw and free Dietician and Physiotherapy consultation!

Do come and support the event !

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat