TALIAN UTAMA HTJS TELAH BERFUNGSI SEPERTI BIASA
Untuk makluman bersama, talian utama Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban (HTJS), 06-7684000 telah berfungsi seperti biasa. Para pelanggan dan kakitangan boleh membuat panggilan masuk ke jabatan/klinik pakar menerusi talian tersebut berkuatkuasa 18 November 2024.
Talian sementara (06-7689226) yang digunakan sebelum ini telah dinyahaktifkan dan urusan berkaitan panggilan keluar dan masuk adalah melalui talian utama sedia ada.
Namun pihak pengurusan hospital masih lagi membuat pemantauan ke atas sistem terkini bagi memastikan ia terus berfungsi dengan baik sekaligus melancarkan perkhidmatan di sini.
Perhatian dan kerjasama daripada semua pihak amat dihargai.