Arkib Berita

Latih Amal Ex-Perpatih 2/2024

LATIH AMAL PENGURUSAN KRISIS EX- PERPATIH BIL. 2/2024

Satu sesi Latihan Amal Pengurusan Krisis Ex-Perpatih Bil. 2/2024 akan diadakan pada 29 November 2024 (Jumaat) di dalam kawasan Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban (HTJS) bertujuan untuk menguji kesiapsiagaan pihak HTJS dalam menghadapi bencana.

Latihan ini juga bukan hanya melibatkan warga kerja HTJS malah turut mendapat kerjasama beberapa agensi kerajaan yang lain iaitu Jabatan Bomba & Penyelamat Cawangan Seremban 2 dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Seremban 2.

Semua pihak diminta untuk memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses latihan krisis ini dijalankan sekaligus menjadikan objektif latihan tercapai dengan jayanya.

Pihak HTJS tidak akan bertanggungjawab atas sebarang perkongsian gambar dan video berkaitan krisis sehingga menimbulkan spekulasi umum.

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat