Selamat Hari Pembantu Perubatan

Selamat menyambut Hari Pembantu Perubatan kepada seluruh warga Pembantu Perubatan yang menjadi tulang belakang sistem penjagaan kesihatan di HTJS ini khususnya. Dedikasi, kepakaran dan komitmen anda amat dihargai dalam memastikan setiap pesakit menerima rawatan yang cekap, selamat dan berkualiti.

Selari dengan tema “Memacu Permodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatan”, peranan Pembantu Perubatan terus berkembang sebagai barisan hadapan yang menyokong transformasi perkhidmatan kesihatan melalui profesionalisme, inovasi dan kerja berpasukan.

#htjs
#kualitikepakarandiyakini
#MADANIBekerja

Progam Memasak Bubur Lambuk Perdana HTJS 2026

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK PERDANA HTJS 2026

Alhamdulillah, pada 6 Mac 2026 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Program Memasak Bubur Lambuk Perdana bertempat di Kafe Kompleks Pengurusan HTJS. Program ini merupakan simbolik ukhuwah antara warga kerja hospital dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Dr. Zaleha binti Md Noor, Pengarah Hospital HTJS dan barisan Timbalan-Timbalan Pengarah diatas sokongan kepada program yang dianjurkan ini. Syabas juga diucapkan kepada semua pihak yang bekerjasama:

  • Badan Hal Ehwal Islam (BAHEIS)
  • Kelab Sukan dan Rekreasi HTJS
  • Kelab Kejururawatan
  • Persatuan Penolong Pegawai Perubatan
  • Persatuan Kebajikan Pembantu Perawatan Kesihatan
  • Rakan strategik: Medivest Sdn Bhd, Active Network Sdn Bhd
  • Pak Tam Catering & Shafah Sdn Bhd

Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan-Nya.

Salam Nuzul Al-Quran 1447H

SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H

Salam Nuzul Al-Quran. Semoga kita menghayati dan mengamalkan nilai-nilainya dalam kehidupan seharian.

"Mukjizat Al-Quran: Menyinari Kehidupan"

Ikhlas daripada
YBhg. Dato’ Dr. Zaleha binti Md Noor
Pengarah Hospital HTJS serta seluruh warga kerja HTJS.

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat