Selamat Datang Dr. Mohd Ferous

SELAMAT DATANG DR. MOHD FEROUS

Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada Dr. Mohd Ferous bin Alias atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengarah Perubatan III, Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).

Seluruh warga kerja HTJS mendoakan agar Dr. Mohd Ferous akan cemerlang dalam menggalas amanah ini demi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di hospital ini dan semoga kehadiran Dr. Mohd Ferous juga membawa sinergi baharu kepada pasukan HTJS.

Selamat Bertugas kepada Dr. Mohd Ferous bin Alias, Timbalan Pengarah Perubatan III, HTJS.

Salam Takziah

SALAM TAKZIAH

Pihak pengurusan dan seluruh warga kerja Hospital Tuanku Ja'afar Seremban ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga mendiang JM Nithyaah Gunasegaran yang telah menghembus nafas terakhir pada 2 Januari 2026.

Mendiang adalah seorang Jururawat di Wad SCN yang sangat komited dengan tugasnya. Semoga keluarga mendiang diberi kekuatan dalam menempuhi saat-saat sukar ini.

Takziah.

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat